Tuesday, January 19, 2016

PENGENALAN


AKHMA GEMILANG ENTERPRISE
PT 8318 TINGKAT BAWAH, BANGUNAN MARA, WISMA SRI GALAS, BANDAR BARU,
18300 GUA MUSANG, KELANTAN.
  TEL : 013 9317023       FAX: 09 9121487

       Syarikat kami telah beroperasi semenjak tahun 1988 di Bandar Gua Musang, Kelantan. Pada peringkat awal, Akhma Gemilang telah mengambil tempahan pakaian dan hiasan kelengkapan rumah,tempahan secara kontrak serta mengajar secara pakej kepada penduduk setempat. Ekoran dari tempahan yang banyak syarikat kami menerima pelatih membuat latihan sambil bekerja terutamanya pelatih dari Giat Mara, IKBN, Kolej Komuniti dan kolej-kolej  swasta.
        Pada tahun 2006 Akhma gemilang telah membeli rumah kedai 2 tingkat di bandar lama Gua Musang untuk menampung pertambahan pelajar, penginapan disediakan untuk pelajar luar daerah Gua Musang dan kami juga menyewa sebuah premis majlis daerah Gua Musang untuk jualan alat jahitan.
       Pada tahun 2009 sehingga sekarang Akhma Gemilang telah ditawarkan menjalani program SLDN dibawah jabatan pembangunan kemahiran, kementerian sumber manusia. Kelayakan mengajar dalam bidang pembuat pakaian wanita,tahap 1,2,dan 3 dalam bidang pembuat pakaian wanita. Pada tahun 2010 sehingga sekarang Akhma Gemilang telah diberi kepercayaan oleh KESEDAR untuk mengendalikan program jahitan di bawah Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK). 
       Pada awal tahun 2011 kami mengendalikan program perantisan Giat mara dalam pembuat pakaian wanita dan hiasan dalaman. kami telah menerima tawaran menjalankan program mengendalikan kursus pendek 1 Malaysia anjuran Giat Mara.Ekoran dari program ini ramai peserta kami telah  telah berjaya menjana pendapatan yang lebih lumayan dan menbuka perniagaan sendiri.
        Akhma Gemilang akan terus melangkah demi mendidik anak bangsa,justeru itu pada tahun 2012  telah menyewa sebuah lagi  bangunan  kedai yang terletak di Bandar baru Gua Musang bagi menampung pertambahan pelatih. Pihak syarikat berjanji akan terus memberi tunjuk ajar dan mendorong  peserta ke arah keusahawanan sehingga berjaya.
        Pada tahun 2015 Akhma Gemilang telah dilantik sebagai syarikat penyedia latihan menjana pendapatan program Azam kerja Jobs Malaysia dan beberapa jabatan dalam program e kasih. Kini Akhma gemilang membuka butik pakaian seragam , kami akan terus berusaha membantu pelajar kami dan memperkasakan bidang jahitan. 

No comments:

Post a Comment